Make your own free website on Tripod.com

BUSANA MUSLIMAH

                                                                                                       

        Rekaan busana muslimah terkini memaparkan jubah yang labuh separas betis atau tumit yang digandingkan dengan pemakaian skirt labuh yang sopan dan menutup aurat yang meniti arus fesyen semasa. Padanan tudung yang eksklusif dari fabrik berkualiti pasti menampakkan lagi keanggunan si pemakai. Dari tahun ke tahun busana muslimah semakin banyak yang meminati. Busana muslimah juga boleh didapati  di mana-mana butik dan kedai , meskipun untuk hanya pada saat menjelang lebaran saja. Tetapi sekarang ianya boleh juga di pakai pada bila-bila masa saja tidak hanya ketika perayaan seperti menghadiri majlis-majlis keagamaan dan  ke pejabat. Terdapat ramai pereka fesyen yang turut memainkan peranan memperkenalkan pakaian busana muslimah kepada orang ramai dengan menampilkan rekaan-rekaan yang anggun, selesa dan mengikut peredaran semasa. Busana Muslimah juga boleh dipakai oleh wanita yang bukan beragama Islam, ini kerana terdapat segelintir wanita bukan beragama Islam yang gemar memakai baju kurung ketika menghadiri kuliah, ke pejabat dan ketika menghadiri majlis-majlis keraian. Bagi wanita-wanita Islam pula, ianya melambangkan identiti seorang muslimah yang sopan, lemah-lembut dan berkeyakinan selain melambangkan imej seorang wanita muslim. Terdapat beberapa jenis rekaan busana muslimah yang terdapat di pasaran yang direka mengikut keadaan semasa dan dengan harga yang berpatutan.

 

                                                    Menu Utama    PerubahanZaman    HarmoniTropis